Thursday, December 18, 2008

PUSAT MAKLUMAT RAKYAT a.k.a PMR


Apa Itu PMR?

PMR tu bukan Penilaian Menengah Rendah tau....tapi ianya adalah singkatan kepada Portal Pusat Maklumat Rakyat yang beroperasi sebagai hub maklumat kepada masyarakat di setiap Pejabat Penerangan Daerah. Pengkalan Data ini mengandungi pelbagai maklumat merangkumi semua bidang dan dikemaskini mengikut keperluan dan perubahan semasa.

PMR ni berperanan untuk memberikan maklumat yang tepat mengenai fungsi jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain kepada rakyat.
Sehubungan dengan itu Pegawai Penerangan yang hanya berperanan memberikan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan sebelum ini, akan mempunyai tugas tambahan iaitu memberikan maklumat-maklumat berkaitan dengan fungsi / peranan serta perkhidmatan jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang lain kepada masyarakat.

Setiap sesuatu yang dibuat tu mesti ada tujuan dan obejktif nya kan, so ni nak ceriter sikit tentang :-


  • Objektif PMR ditubuhkan adalah untuk:
    Meningkatkan keupayaan dan kebolehcapaian maklumat berkaitan jabatan / agensi kerajaan yang lebih meluas kepada masyarakat.
    Meningkatkan penglibatan Jabatan dengan lebih bertanggungjawab kepada masyarakat tempatan dalam konteks penyebaran maklumat yang memenuhi keperluan mereka.
    Menyokong penyebaran maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan di peringkat lapangan.
    Membantu meningkatkan sistem penyampaian maklumat kepada masyarakat.
    Meningkatkan imej PPD yang tradisional kepada lebih berprestij.
    Peranan PMR
    PMR akan menjadi ’focal point’ maklumat kepada masyarakat.
    PMR sebagai bank data maklumat.
    PMR sebagai pusat rujukan oleh orang awam, agensi-agensi kerajaan di lain-lain peringkat iaitu tempatan, negeri dan negara.


  • Fungsi PMR
    Mewujud dan membangunkan bank data maklumat berkaitan dengan pelbagai bidang misalnya :
    Maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan, profail daerah dan negeri.
    Maklumat mengenai Jabatan / agensi kerajaan tempatan / negeri / persekutuan.
    Maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidtaman oleh jabatan / agensi kerajaan dan lain-lain lagi.
    Menyediakan maklumat-maklumat kepada orang ramai melalui perkhidmatan kaunter, online dan sebagainya.
    Menyediakan pusat rujukan yang memuaskan kepada pelanggan.
    Menyediakan kemudahan rujukan secara elektronik dan konvensional kepada pelanggan.
    Menerima aduan orang ramai dan merujukkan aduan tersebut kepada pihak yang berkaitan.
    Melayani pertanyaan pelanggan dengan menyediakan maklumat yang tepat dan terkini.
    Perkhidmatan Yang Disediakan
    Portal Pusat Maklumat Rakyat
    Edaran/rujukan bahan-bahan penerbitan Jabatan Penerangan Malaysia
    Bahan-bahan maklumat audio visual (CD)
    Keratan akhbar
    Pemudahcara pencarian maklumat
    Poster (Kabinet, YDP AGong dan lain-lain)

So biler senang-senang tu datang lah ke Pejabat Penerangan insyaallah kami akan cube membantu anda untuk mendapatkan maklumat yang anda perlukan.