Tuesday, May 12, 2009

Majlis Taklimat Kelab Setia

Gambar ni diambil semasa Majlis Taklimat Kelab Setia kepada guru penyelaras serta ahli-ahli Kelab Setia di Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam kat Sitiawan....yang menyampaikan ceramahnya adalah En. Mat Akhir yang dijemput khas dari Jabatan Penerangan Malaysia, Ipoh dan tak lupa juga En. Ilya Farouk (U/setia negeri) yang kat sebelah penceramah pun ade same...Yang pakai baju merah tu, Guru Penyelaras yang cantik dan peramah sangat namanye Cikgu Rahayu dan yang pakai baju sekolah tu adalah Pengerusi, Tim. Pengerusi dan S/Usaha Kelab Setia SMK Ahmad Boestamam...Moga Maju Jaya !!

Lawatan Kerja Urusetia Komuniti BESTARI Kebangsaan Ke Anjung BESTARI Komuniti BESTARI Mukim Sitiawan


Ini adalah gambar Tuan Hj Osman Bin Darus ( Tim. Pengerusi K.BESTARI Mukim Sitiawan ) yang juga dikenali sebagai Pak Man bersama En Hassan Bin Shaari yang merupakan Urusetia KB Kebangsaan yang datang dari Kolumpo untuk membuat lawatan kerja ke Anjung BESTARI KB Mukim Sitiawan yang terletak di Kg Dato' Seri Kamarudin....pada hari Sabtu yang lalu iaitu pada 9 Mei 2009. Banyak juga lah information2 yang baru dapat diperolehi hasil dari lawatan kerja ni....T.Kasih banyak2...!!

MASIH ADAKAH SINAR UNTUK BN MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA SELEPAS PILIHANRAYA KE-13.

Setelah pilihanraya ke-12 kebangkitan dan kecermelangan Pakatan Rakyat terus menyerlah, ini dapat dibuktikan dengan kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan yang terbarunya pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau...... ........ sudah tidak lakukah lagi BN di semenanjung? Persoalan ini sering menerjah ke fikiran aku dan juga mungkin di kepala insan yang bergelar rakyat di bumi bertuah yang dijenamakan sebagai MALAYSIA.........ini.
Apakah penyakit yang telah menyerang BN dan yang utamanya UMNO yang merupakan tunjang / tulang belakang kepimpinan negara . Apa saja yang dirancang,dibuat,dilaksanakan yang kononnya untuk pembaharuan seolah-olah tidak lut.....yakni tidak diterima rakyat. Setiap kebaikan yang dibuat yang dikatakan untuk rakyat seolah-olah tidak dihiraukan......................BN / UMNO kini semakin parahhhhhhhhhhh sehingga luka yang berdarah sukar untuk diubati lagi mungkin hanya doa yang dipanjat kepada ILAHIIIIII ... sahaja yang dapat meredakan keazaban ini. Sokongan dari si MACHA mungkin ada lagi...........tapi sokongan daripada si AH CHONG jauh sekali.......... sokongan ini seolah-olah lari jauhhhhhhhhhhhhhhh dan tidak mungkin akan kembaliiiiiiiiiiii.. Timbulnya persoalan hari ini bolehkah dipercayai lagiiiii sokongan si AH CHONG yang bernaung di bawah MCA dan GERAKAN ? Adakah lagi sokongan mereka ini terhadap BN atau hanya kepura-puraan yang dipertontonkan di pentas dunia ciptaan ILAHIIIIII ini.
Semasa Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini kita dipertontonkan dengan kehebatan insan yang bergelar pemimpin yang menyuarakan pelbagai idea, pendapat yang dipersembahkan melalui ucapan ataupun pidato yang dikatakan satu pendekatan untuk pembaharuan UMNO.................. sejauh manakah kebenaran,ketelusan,kesungguhan pemimpin-pemimpin ini sama-samalah kita saksikan............................Rasanya harapan hanya tinggal harapan kerana kita sedia maklum pemimpin-pemimpin UMNO rosak adalah disebabkan karenah individu yang dekat dengan pemimpin itu sendiri yang pada asalnya dikatakan hendak menolong,membantu tetapi bertindak seolah-olah polong terpekik terlolong........yang akhirnyanya merosakkan pemimpin itu sendiri. Pengampu-pengampu didalam UMNO juga sebenarnya harus ditarbiyahkan supaya menjadi seorang perjuang untuk Agama,Bangsa dan Negara bukannya untuk kepentingandiri dan kelompoknya yang akhirnya membinasakan semua seperti apa yang terjadi pada hari ini. Pemimpin-pemimpin UMNO yang masih lali diulit mimpi-mimpi indah haruslah sedar dan muhasabah diri............dan kembalilah ke perjuangan demi AGAMA,BANGSA dan NEGARA bukannya perut atau kroni sendiri.
Pemimpin-pemimpin BN/ UMNO sebenarnya harus maklum tak payah nak dimaklumkan lagi Pakatan Rakyat sebenarnya bukan satu gabungan parti yang kuat tetapi mereka ini hanya mengambil kesempatan diatas kelemahan pemimpin-pemimpin BN/UMNO yang sejak akhir-akhir ini tersasar prinsip perjuangannya.

”Semoga Allah Merahmati dan Membimbing Perjuangan Pemimpin-Pemimpin Negara Demi Untuk Agama,Bangsa Dan Negara”